LANGKAH MEMBINA KEYAKINAN DIRI
(1)YAKIN
Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri.
Ini kerana bagi membina keyakinan diri kita sendiri hanya kita boleh
menetukan bagaimana kita mahu melihat diri kita.Pakar psikologi
mengatakan bahawa keyakinan diri kita adalah apa yang kita fikirkan.
(2)MATLAMAT HIDUP
Jangan sesekali membiarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita.
Ini kerana kita tidak sepatutnya berpandukan diri kita dengan pendapat
orang lain.Oleh itu bagi menunjukkan bahawa kita seorang yang berkeyakinan
kita perlu menentukan matlamat hidup kita sendiri.
(3)IKTIRAF KEUPAYAAN DIRI DAN BAKAT
Kita seharusnya mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada diri kita.
Contohnya apabila kita mendapat kejayaan kita seharusnya terima kenyataan
bahawa kejayaan yang diperolehi adalah kerana kita yakin yang kita berhak
memperoleh kejayaan tersebut
(4)OPTIMISTIK
Anda seharusnya tonjolkan sikap optimistik apabila bekerja dalam kumpulan
baik terhadap kejayaan diri sendiri mahupun kejayaan pada kumpulan.Ini kerana
dapat meningkatkan sifat kepimpinan pada diri kita.
(5)PERHATI DIRI SENDIRI DENGAN ORANG LAIN
Bagi meningkatkan keyakinan diri amat perlu kita membandingkan diri kita dengan
orang lain.Perbuatan ini akan menimbulkan kesan positif kepada anda.Contohnya
anda akan berusaha meningkatkan keyakinan,kepintaran,dan sebagainya agar
lebih baik dari orang lain.
No comments:
Post a Comment