Saturday, August 21, 2010

NIK RASYDAN BIN NIK HUSSIN 204522

PENAMPILAN DIRI

Bagaimana untuk membentuk keyakinan diri?

keyakinan diri boleh dibentuk dari 2 aspek utama iaitu :
i. gaya
ii. raut wajah


GAYA
Gaya boleh dibahagikan kepada tiga keadaan :

1)Berjalan
  • Berjalan dengan penuh keyakinan
  • Tegakkan postur badan
  • Rapatkan kaki semasa melangkah
  • Pandang ke hadapan dan jangan terlalu menundukkan kepala semasa berjalan
  • Langkah yang sederhana luas, jangan terburu-buru.
2) Berdiri
  • Jangan memeluk tubuh
  • Tidak memasukkan tangan ke dalam poket
  • Bahu tegak ke belakang
  • Angkat dagu ke paras sama dengan rakan yang berbual

3) Duduk
  • Tegak
  • Menyandar dua per tiga daripada belakang anda ke penyandar kerusi
  • Rapatkan kedua-dua lutut dengan kaki diserongkan ke tepi kerusi atau kesebelah yang berlawanan dengan arah duduknya tetamu dengan kedua-dua kaki mencecah ke lantai.
  • Tangan hendaklah diletakkan di atas paha dan jangan terlalu kerap mengerakkan tangan dan kaki semasa duduk.

RAUT WAJAH

1) Air muka keruh membimbangkan.
  • Mengambarkan kesusahan dan perasaan tidak gembira
  • Penahan hasad dengki
2) Air muka kering menyakitkan
  • Muka yang tiada belas kasihan dan sukar membuat kebaikan
3) Air muka jernih membahagiakan
  • Mengambarkan kegembiraan , kejujuran dan kemanisan hati

No comments:

Post a Comment