Thursday, August 12, 2010

PUTERI AISHAH NAQUIAH BT NASRI 204278

"kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah iaitu :
  • Lakukan pekerjaan yang anda sukai.  Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada waktu terluang.
  • Perhatikanlah kesihatah fizikal kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan serta menjauhi kebiasaan buruk yang merugikan.
  • Anda harus memiliki tujuan dalam hidup kerana itu yang akan membuatkan anda bersemangat.
  • Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang.
  • Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
  • Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.  Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan anda dan atas sesuatu yang kadang kala menimpa anda.
  • Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  • Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.
  • Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapat haruman kebahagiaan darinya.
  • Pergunakanlah semua kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sngat penting untuk kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment