Friday, August 20, 2010

WAN MOHD GADDAFI BIN WAN ZAINUDDIN 204452

KAEDAH BAGI MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

1) Kenali Diri Anda Seadanya - Kenali kelebihan dan juga kekurangan diri anda.Cuba hindari kelemahan diri anda serta sentiasa meningkatkan potensi diri anda dari semasa ke semasa.Jangan terlalu memikirkan kelemahan diri anda sehingga timbulnya perasaan rendah diri.

2) Amalkan bual diri yang positif dengan menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terkira
- Sentiasa mengatakan "anda boleh melakukan","anda mampu untuk melakukan". Ingat bahawa keyakinan diri dibina secara beransur-ansur.Kita perlu buat serta mengalami peristiwa berkenaan dan dari semasa ke semasa kita pasti akan dapat meningkatkan keyakinan diri.Katakan "aku ada keupayaan dan kemampuan","aku akan berusaha sehingga berjaya,org lain boleh maka aku juga boleh lakukan"

3) Perbaiki kemahiran komunikasi anda - Belajar cara berkomunikasi yang berkesan serta sentiasa amalkan supaya anda dapat menjadi pendengar yang baik dan bila mempunyai peluang,suarakan pendapat anda.Dalam majlis,mesyuarat dan lain-lain cuba untuk tonjolkan kemahiran komunikasi anda.

4) Belajarlah perkara yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda
- Tetapkan matlamat anda dan belajarlah cara untuk menggapainya kerana setiap perkara memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin.Ilmu dan amalkan secara Istiqomah perkara berkenaan akan dapat meningkatkan keyakinan anda.

5) Jangan sesekali memandang rendah pada diri anda - Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah bermakna anda lemah.Sebenarnya anda memerlukan banyak maklum balas dan latihan supaya anda boleh bangkit semula.Jadikan proses anda mula berjalan sebagai pendorong diri.Renungkan berapa kali anda terjatuh dan bangun semula sebelum dapat berjalan dengan sempurna.

6) Tabahkan diri anda bila mengalami kegagalan kerana anda sebenarnya tidak gagal tetapi mempelajari cara untuk mencapai kejayaan
- Seperti kata-kata yang pernah diucapkan oleh Thomas Edison yang membuat eksperimen beribu-ribu kali sebelum berjaya mencipta sebiji mentol.Katanya"saya tidak pernah gagal tetapi saya telah menemui beribu-ribu cara yang salah untuk menghasilkan mentol.Kegagalan sebenarnya merupakan perangsang untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment