Tuesday, August 10, 2010

SITI FAIROS BT ALI AL TAMAS 204289

PENJAGAAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MAKANAN


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dan perlu kita jaga.Hal ini kerana, kita terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil daripada gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak sihat. Pemilihan pemakanan yang tidak sihat akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik dan racun di dalam tubuh badan manusia. Justeru,kembalilah kepada pemakanan semulajadi. Amalkanlah gaya pemakanan yang sihat , seperti di bawah :

• Kurangkan pemakanan yang mengandungi garam dan gula yang terlalu tinggi.

  
• Kurangkan minuman yang manis  


• Elakkan pemakanan yang  mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan bahan pewarna.


• Amalkan pemakanan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang,tembikai dan lain-lain lagi.


• Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja berat. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.


• Biasakan makan makanan dan minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protien dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.





Makanan kesihatan mengikut organ di dalam tubuh badan manusia


Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai empat ruang. Kajian sains menunjukkan tomato adalah makanan untuk kesihatan jantung dan darah.



Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan seperti mata manusia.Sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah di dalam mata.
 
 
 
 
Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan tiga dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.



Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah
 
 
 
 
PETUA AGAR SELALU NAMPAK AWET MUDA
 
 
 * Pastikan mendapat tidur yang secukupnya.

*  Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur.

* Minum air masak lapan gelas sehari.

* Bersenam tiga kali seminggu.

* Galakkan mengurut untuk melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan angin.

* Menyapu kunyit yang telah dikisar di bahagian muka.

* Hindari minuman dan makanan ringan secara berlebihan.

* Minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

2 comments: